VIDEO: Driver Bas Kena Pukul Beramai-ramai

KUALA LUMPUR – Sebuah video di media sosial seorang pemandu bas dipukul beramai-ramai tular.

Dalam video tersebut, dilihat, pemandu bas itu boleh mempertahankan dirinya walaupun di serang secara beramai-ramai oleh sekunmpulan lelaki.

Dalam video tersebut, kedengaran suara-suara individu menyuruh kejadian itu dirakam dan ditularkan ke laman Facebook.

“Rakam je, rakam masuk Facebook lantaklah,” kata seorang lelaki.

Turut kedengaran suara beberapa individu dalam video membayangkan kejadian itu berpunca dari salah pemandu bas itu sendiri.

“Buli sangat budak, itu ubat dia. Baru lawan dia, ini tay (pukul) budak-budak tak padan (sepadan),” kata suara lelaki itu.

Selain itu ada suara individu yang bertanya apa punca kejadian ini boleh berlaku.

“Macam mana cerita?” tanya suara itu.

“Dia tampar budak sekolah,” jawab seorang lagi individu dalam video berkenaan.

Justeru berdasarkan perbualan suara yang boleh didengar daripada video berkenaan, orang ramai pada awalnya mengganggap kejadian ini bermula apabila pemandu bas berkenaan memukul seorang budak sekolah.

Pemandu bas itu dipukul beramai-ramai oleh rakan abang kepada pelayan kedai yang mengadu pada abang nya dia dilempang oleh pemandu tersebut.

Namun mengikut dakwaan saksi yang ada di RnR Gambang kedai No 6 pada masa itu, pemandu berkenaan tidak usik pelayan itu.

Menurut posting di Facebook, pemandu bas itu memesan makanan dan kemudian pelayan itu dengan biadap membalas “sabarlah babi”.

Pengguna FB bernama Ramadhan Aidiladha Ramadhan bersedia untuk menjadi saksi dan mendakwa dia berada di tempat kejadian pada waktu itu.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Pihak SuaraTV tidak bertanggungjawab atas sebarang info serta maklumat yang tidak sahih kerana posting ini hanya lah dikongsikan semula di portal kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.