Kapal `Hantu’ Sejak Tsunami Jepun Pada 2011 Hanyut Ke AS

Sebuah kapal pukat tunda Jepun yang dihanyutkan tsunami kira-kira enam tahun lalu kini terdampar di perairan Amerika Syarikat. Digelar `kapal hantu’, kapal berkenaan yang ditanda dengan huruf Jepun ditemui di kawasan pantai Arcadia, di Oregon.

Dalam kapal itu dipenuhi dengan tukun.

Menurut pakar, Profesor David Tappin, selepas tsunami, kapal itu dipercayai terperangkap dalam arus Kuroshio.

“Barang-barang yang ada dalam kapal itu dikutip oleh arus Kuroshio, ketika ia hanyut.

“Saya percaya pendaratan pertama adalah di Hawaii dan ia mengambil masa selama enam ke lapan bulan.

“Dan selepas setahun atau 14 bulan, ia mula hanyut ke AS,” katanya yang merupakan warga asing pertama membuat penilaian ke atas kerosakan Jepun pada 2011.

Tsunami di Jepun berlaku pada 11 Mac 2011 selepas dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter yang melanda Lautan Pasifik.

Ia menyebabkan tsunami yang mengorbankan 18,500 nyawa, termasuk yang masih hilang sehingga pada hari ini.

Limpahan arus deras itu turut memusnahkan tiga reaktor nuklear di loji jana kuasa Fukushima Daiichi dan disifatkan sebagai tragedi nuklear terburuk selepas Chernobyl di Russia pada 1986.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.