Penghantaran Barang Lewat, FedEx Dipersalahkan

Pelanggan yang membuat pembelian termasuk dari Eddie Bauer dan Pacific Sunwear mengalami kelewatan penerimaan kerana FedEx Corp. mengalami masalah kapasiti.

 

Menurut Pacific Sunwear dalam kenyataannya berkata, FedEx mengalami masalah penghantaran tertunggak sejak tujuh hari lalu, malah beberapa minggu.

 

“Kesemua pedagang atas talian terjejas, bukan sahaja PacSun,” katanya.

 

Menurutnya, pelanggan di utara Amerika Syarikat paling terjejas akibat masalah itu.

 

FedEx terpaksa menjalankan operasi sepanjang masa untuk menampung jumlah barangan tambahan yang tidak diduga daripada beberapa pelanggan.

 

“Jika pelanggan membuat kiriman sebelum tarikh akhir, kami akan membuat penghantaran menjelang Krismas,” kata jurucakap FedEx.

 

Perunding industri yang bekerja dengan peruncit berkata, rangkaian kedua-dua FedEx dan saingannya United Parcel Service Inc. berada kapasiti penuh pada minggu ini.

 

Jurucakap UPS berkata, hari ini operasi rangkaian syarikat itu sedang berjalan 98 peratus pada setiap masa dan dapat menampung kira-kira 200 permintaan tambahan pelanggan.

 

Minggu lalu, Jet.com menjadi yang pertama peruncit atas talian memaklumkan kepada para pelanggan bahawa bungkusan tidak dapat dihantar sebelum Krismas tetapi tidak memaklumkan syarikat penghantaran yang terlibat.

 

FedEx menjangka untuk menghantar 317 juta bungkusan sepanjang cuti, kenaikan 12 peratus berbanding tahun lalu.

 

Jumlah itu bagaimanapun kurang jika dibandingkan UPS dan U.S Portal Service, masing-masing menerima bungkusan sebanyak 630 juta dan 600 juta termasuk penghantaran tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.