Pemandu Bas Nahas Di Jeli Positif Dadah

JELI – Pemandu bas ekspress yang terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi di Kilometer 124, Batu 14 Jalan Jeli-Grik, yang mengakibatkan empat maut, didapati positif dadah.

 

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Yusoff Jaafar, ketika dihubungi berkata, pemandu utama bas berkenaan ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

 

“Ujian air kencing mendapati pemandu berusia 26 tahun ini positif dadah methamphetamine.

 

“Siastatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952,” katanya.

 

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, bas yang dipandu lelaki berkenaan dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta bergesel dengan sebuah lori muatan papan.

 

Akibat pergeseran itu, empat penumpang bas maut. Mereka adalah Hasiah Osman, 57 dan anaknya, Mohamad Amir Abdul Rahim, 16; Nur Afiqah Alimi Mohd Ali, 19 dan Mohd Syafiq Azrol Azni, 25. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.