Lima Penumpang Maut, Bas Bertembung Lori Papan

KUALA LUMPUR – Sebuah Bas SP Bumi dari Taiping ke Kuala Terengganu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM14 Jalan Jeli-Gerik, Jeli, Kelantan awal pagi tadi.

 

Insiden yang berlaku jam 1.47 pagi itu melibatkan bas yang dikatakan hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori treler membawa muatan papan lapis.

 

Setakat ini lima penumpang bas difahamkan maut manakala sekurang-kurangnya lapan lagi cedera.

 

Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai nahas dan ada diantaranya telah berada di hospital di Jeli untuk menuntut jenazah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.