Iran Minta China Sertai Tentang IS

DOHA – Seorang tokoh dalam badan penasihat pimpinan tertinggi Iran, Mohsen Rezaei berkata, China seharusnya memainkan peranan aktif dalam menentang IS.

 

Beliau berkata, kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu bergantung kepada Asia Barat untuk bekalan minyak tetapi cenderung mengetepikan diplomasi kepada ahli-ahli tetap Pertubuhan Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia.

 

“China boleh memberi bantuan kepada keamanan dan kestabilan serantau dengan menentang IS lebih aktif,” katanya yang memegang gelaran Setiausaha Majlis Kesesuaian, lapor Reuters.

 

China menggesa penyelarasan yang lebih selepas serangan di Mali dan Paris serta selepas insiden menembak jatuh kapal terbang perang Rusia oleh Turki, tetapi berkata tidak ada penyelesaian ketenteraan di Syria dan media negara itu mengkritik Barat dan Rusia yang melakukan serangan udara.

 

Tetapi pada bulan ini sebuah lagu bahasa China yang kononnya dikeluarkan oleh IS meletakkan pegawai China berjaga-jaga bahawa mereka memerlukan kerjasama yang lebih erat dengan global untuk menentang militan Islam.

 

Rezaei berkata, jika China memainkan peranan lebih aktif penting dalam memerangi IS, “Iran boleh melawan ekstremisme Islam di Asia Tengah melalui aktiviti kebudayaan dan interaksi dengan komuniti Cina Muslim”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.