Saya Bertanggungjawab Urus Bencana Banjir – Muhyiddin

Subang Jaya – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat di negara ini supaya tidak bimbang dengan ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di luar negara ketika musibah banjir melanda beberapa buah negeri ketika ini.

Menurut Muhyiddin, beliau kini bertanggungjawab kepada negara dan akan bertindak selaku pemangku perdana menteri dalam menguruskan bencana banjir yang melanda negara.

“Saya yang bertanggungjawab, ketika PM menghubungi saya sebentar tadi saya katakan jangan bimbang, kami akan lakukan apa yang diarahkan kepada kan, percayakan saya. Jangan risau PM di luar negara, fikirkan apa yang sedang berlaku kepada negara dan kami akan uruskan sebaik mungkin mengikut kemampuan terbaik kami,” kata Muhyiddin.

Tambahnya, selakuPengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negara banjir yang berlaku adalah perkara biasa setiap tahun.

Meskipun tahun ini lebih buruk namun beliau masih mampu bertanggungjawab memandang Najib tidak dijadualkan akan pulang ke negara dalam masa terdekat.

“Tak perlu lagi, kalau sayaa tak mampu buat kerja saya  mintak dia (Najib) balik,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas trend atau cakap-cakap di media sosial berikutan tersebarnya gambar Najib bermain golf  bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Hawaii.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Hi-tea anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, kita sebagai manusia perlu bersikap adil kepada Najib yang sedang bercuti setelah bekerja keras memerintah negara selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.