Mayat Remaja Perempuan Dipercayai Jatuh Dan lemas Dalam Sungai Dijumpai

Kuala Terengganu – Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Kesom, di Kampung Kesom Che Nordin, Manir, Kuala Terengganu, telah berjaya dijumpai oleh pihak Bomba.

Menurut akaun Twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat mayat Nor Atikah Baharuddin, 14, ditemui oleh pasukan Bomba bersama orang ramai di dasar sungai itu di dalam kejadian kira-kira 12.40 tengahari tadi.

“Mangsa dijumpai di dasar sungai anggaran tiga meter dari lokasi. Dipercayai mangsa lemas,” kata pihak Bomba di dalam twit tersebut.

Menurut twit itu lagi, mangsa bersama tiga orang saudara lelakinya sedang melalui tepi sungai itu, sebelum Nor Atikah dikatakan tergelincir dan gagal mengimbangi badannya sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

“Mangsa cuba diselamatkan tiga saudaranya tetapi gagal, malah dua daripada mereka juga hampir lemas bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam,” kata pihak Bomba.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.