Helikopter Bomba Ke Manek Urai Hantar Bekalan Makanan

Kota Bahru – Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat berlepas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan, Tunjong untuk menghantar bekalan makanan milik JKM kepada mangsa jam 2 petang tadi.

Pengarah Bomba Kelantan Azmi Osman berkata, bantuan udara itu dibuat berikutan pihaknya berdepan masalah untuk memasuki kawasan itu melalui jalan darat dan air.

Katanya, pihaknya juga akan menghantar bekalan makanan di beberapa kawasan di Kuala Krai.
“Seramai lima anggota bomba terbabit dalam misi bantuan itu.

“Kita akan cuba menghampiri lokasi kejadian dan menghantar bekalan makanan kepada mangsa yang terperangkap,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.