Duit Bertaburan Dijalanan.. Apakah Yang Akan Anda Lakukan?

Kuala Lumpur – Bayangkanlah …anda sedang berjalan-jalan di kawasan membeli-belah. Tiba-tiba sejumlah wang bertaburan berhampiran anda. Anda melihat orang ramai mula menyerbu dan menungut wang berkenaan. Apakah yang akan anda lakukan?

Orang ramai yang membeli-belah di Hong Kong mendapat “hadiah kejutan” sempena Krismas semalam (Rabu) apabila kira-kira sejumlah AS$2 juta bertaburan di salah sebuah jalanraya di situ.

Kenderaan dan orang ramai yang lalu-lalang di Jalan Gloucester di daerah Wan Chai pada waktu makan tengah hari bergegas-gegas memungut wang tersebut yang dipercayai “tercicir” daripada sebuah van keselamatan yang melepasi kawasan berkenaan. Memang sukar dipercayai jika ianya tercicir!

Pastinya, “hadiah” seumpama itu membawa keceriaan terutamanya bagi mereka yang menyambut Krismas hari ini. Agak sukar untuk tidak mempedulikannya jika sudah kelilingi wang kertas sebegitu banyak. Bak kata orang, “rezeki jangan di tolak.”

Namun, hakikatnya “tiada apa yang boleh diperolehi percuma.” Sedang asyik memungut wang tersebut, anggota polis sampai untuk mengawal keadaan dan “para pemungut” wang itu pun bersurai.

CNN melaporkan, tiga buah kotak wang tunai terjatuh daripada kenderaan berkenaan dan sejumlah hampir AS$2 juta (HK$15.23 juta ) bertaburan di kawasan itu. Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada pintu kenderaan itu yang rosak. Syarikat keselamatan yang bertanggungjawab terhadap kenderaan pengangkutan wang tersebut dilaporkan enggan mengulas punca kejadian.

Sehubungan itu, pihak polis memberi amaran bahawa sesiapa saja yang mengambil wang berkenaan akan berdepan dengan tuduhan mencuri.

Menjelang petang tadi (Khamis), hampir setengah juta US$464,000 (HKD3.6 juta) wang kertas tersebut telah dipulangkan kepada pihak berkuasa. Jumlah sebenar yang dibawa kenderaan tersebut dilaporkan sebanyak UD$67.6 juta.

Tiga belas orang – 10 lelaki dan 3 wanita — telah dengan sukarela memulangkan wang tersebut. Bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan terlepas daripada tuduhan mencuri, kata polis.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat keselamatan berkenaan G4S Hong Kong dilaporkan mengaku pihaknya akan memberi ganti rugi pada bank yang sepatutnya menerima wang tersebut. Selain itu, siasatan dalaman juga akan dibuat bagi mencari sebarang kemungkinan ianya sengaja dilakukan kakitangan syarikat. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.