Pendirian UMNO Untuk Patuh Titah Agong Selepas PN Mengingkarinya – Jazlan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Rakyat diminta berhenti memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk menyifatkan terhegeh-hegeh untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan (PH) serta DAP.
Advertisement

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pendirian BN adalah untuk memenuhi titah Yang di-Pertuan Agong serta dengan niat menyelamatkan negara daripada tergantung tanpa kerajaan.

Menurutnya, disebabkan itu UMNO dan BN mengambil sikap berjiwa besar apabila sanggup mengenepikan pendirian ‘No Anwar, No DAP’ yang dipegang selama ini.

“Awal-awalnya banyak sangat telahan dan gosip liar yang tuduh BN memang nak bergabung dengan PH untuk bentuk kerajaan. Tapi drama empat hari selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) berakhir bila BN kena juga buat keputusan untuk bentuk kerajaan walaupun pendirian pada asasnya mahu jadi pembangkang seperti yang rakyat mahu.

“Bagi saya, pucuk pimpinan UMNO dan BN berjiwa besar apabila sanggup mengenepikan pendirian ‘No Anwar No DAP’ demi memenuhi titah YDPA dan menyelamatkan negara daripada tergantung tanpa Parlimen. Sehingga ke saat akhir, tumpuan awam terarah kepada BN yang hanya ada 30 kerusi untuk memastikan sebuah kerajaan diwujudkan selepas PRU15.

“Kemelut itu berlarutan bila Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan PN (Perikatan Nasional) mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong supaya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH, kononnya tak mahu melanggar pendirian mereka.

“Namun sebenarnya PN ego tanpa fikirkan kestabilan dan kemakmuran negara. Pada hal sebagai gabungan yang menang banyak kerusi, sepatutnya PN dan PH boleh sahaja bentuk kerajaan dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akhirnya membuat keputusan menyokong Kerajaan Perpaduan, tetapi bukan diterajui PN.

“Jadi, pihak-pihak di luar sana diminta untuk hentikan segala fitnah dan persepsi buruk terhadap BN terutamanya UMNO yang kononnya terhegeh-hegeh nak bersama-sama Anwar dan DAP. Saya tahu itu semua adalah permainan politik kotor pihak tertentu yang mahu memburukkan BN dan menyerang Presiden UMNO,” katanya. – UTUSAN

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat