Pelabur Asing Lupus Pelaburan RM9.17 Bilion Dalam Bursa Malaysia Tahun Ini – MIDF

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing terus mengurangkan pegangan dalam Bursa Malaysia dalam tempoh tiga minggu tetapi pada kadar rendah.

Berdasarkan data dari bursa, pelabur asing melupuskan sebanyak RM187.1 juta pada minggu lalu berbanding RM408.5 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, bursa bermula dengan langkah kanan minggu lalu apabila pelabur asing membeli sebanyak RM61.4 juta ekuiti tempatan pada hari Isnin dan aliran masuk meningkat kepada RM136.6 juta pada hari Selasa, paras tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, sentimen bertambah baik susulan pertemuan Presiden Donald Trump dengan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, selain lampu hijau yang diberikan kepada Huawei Technologies untuk terus eksport dengan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat untuk tempoh 90 hari lagi.

Bagaimanapun, trend belian itu berakhir pada hari Rabu apabila pelabur asing melupuskan sebanyak RM106.4 juta ekuiti tempatan dan momentum jualan itu meningkat pada hari Khamis kepada RM237.3 juta – paras tertinggi sejak bulan Oktober 2019.

Jualan itu susulan penggubal undang-undang Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang yang menyokong hak penduduk Hong Kong dan berpotensi menggagalkan rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing.

Kadar jualan ekuiti tempatan perlahan pada hari Jumaat ke tahap di bawah RM100 juta kepada RM41.5 juta susulan kenyataan Presiden Xi Jinping bahawa China memastikan perjanjian dengan Amerika Syarikat dimuktamadkan tetapi tidak bimbang jika perlu mempertahankan yang mana perlu.

Dengan satu minggu lagi sebelum berakhir bulan November, jumlah aliran keluar bernilai RM781.2 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, setakat ini sebanyak RM9.17 bilion ekuiti telah dilupuskan dari Malaysia, menjadikan 78.4% daripada jumlah aliran keluar asing tahun lalu sebanyak RM11.69 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!