Tun M Nafi PH Tolak ICERD Sebab DUN Rantau

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) disebabkan pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang bakal berlangsung.

Sebaliknya beliau berkata keputusan itu diambil kerana rakyat jelas tidak dapat menerima ICERD disebabkan komposisi kaum di negara ini.

“Daripada awal lagi saya menyatakan negara kita punya penduduk berbilang bangsa dan agama dan perkara-perkara itu (tentang ICERD) adalah rumit untuk diratifikasikan.

“Bukan sebab politik, tetapi kita (enggan meratifikasikan ICERD kerana) patuh kepada kehendak rakyat,” katanya dipetik Bernama selepas alam menemui 207 pegawai tinggi kerajaan di Langkawi, malam tadi.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Malaysia tidak akan meratifikasi ICERD, sebaliknya terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara.

Presiden UMNO Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berpendirian bahawa keputusn itu bermotifkan politik kerana 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta-merta berikutan kemenangan penyandang, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal.

Ia selepas calon PKR, Dr Streram Sinnasamy tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 lalu kerana tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasuki pusat penamaan calon, pada 28 April lalu, menyebabkan calon Barisan Nasional itu diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.