Tak Perlu Tunjuk Hero, Kamu 10 Kali Lebih Teruk, PAS Tempelak Anwar

SHAH ALAM – Tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas golongan ‘berserban’ kerana membisu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini, bingkas disambut oleh PAS.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kembali memulangkan paku buah keras kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu dengan mempersoalkan di mana ‘suara’ beliau ketika negara mengalami skandal kewangan terbesar pada tahun 80an dan 90an.

“Saya kira Anwar telah alami ‘rabun dekat’ atau ‘tuli badak’ bila gagal mengambil maklum peranan alim ulama khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

“Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin berkata, ketika beberapa skandal kewangan berlaku sebelum ini, Anwar adalah merupakan sebahagian daripada kerajaan, di mana beliau menyertai UMNO pada 1982, sehingga akhirnya dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun yang sama selepas memenangi kerusi Permatang Pauh dalam PRU.

“Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981?

“Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an?

“Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)? Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

“Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988? Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?,” soal Nasrudin.

Lain-lain Berita Menarik;-

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

Muka Islam Tapi Gagal Bersuara Untuk Islam

Hari Ini Mahathir Cakap Lain, Esok Dia Akan Cakap Lain Lagi – Shahrir

Nasrudin turut menyindir Anwar yang dilihat lebih selesa menjadi ‘alat perkakas murahan’ kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, lantaran tidak membuka mulut berkaitan skandal yang mulai terbongkar itu.

“Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan daripada timbalan menteri di JPM (1982), kemudian menteri kebudayaan, belia dan sukan (1983), menteri pertanian (1983), menteri pendidikan (1986), menteri kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi timbalan perdana menteri (1993).

“Setelah dipecat daripada kerajaan dan UMNO, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu,” sindirnya.

Dalam pada itu, Nasrudin turut mengingatkan komitmen yang pernah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum memenangi PRU Ke-14 yang berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?

“Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

“Kalau rumah kita berdinding kaca, jangan melontar batu ke rumah orang,” sindirnya tajam.

Mahathir merupakan Perdana Menteri ketika semua skandal kewangan berkenaan berlaku. 

Pada tahun lalu, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat mengenai kerugian akibat urus niaga forex dengan memanggil beberapa individu penting seperti Mahathir sendiri, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia. 

Bagaimanapun RCI itu akhirnya memutuskan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urus niaga itu. – SuaraTv 

Lain-Lain Berita;-

ICERD: Kerajaan Perlu Nyatakan Secara Rasmi Di Parlimen, Elak Keputusan Bersifat Sementara

Kaum Bukan Melayu Tidak Berhak Tuntut Ratifikasi ICERD, Kata Dr Low Yong San

Mahathir Dakwa Isu ICERD Mungkin Jadi Kecoh Kerana Hasutan Zahid

ICERD Akan Merugikan Melayu dan Bumiputera – Bekas Ketua Hakim Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.