Seorang Lelaki India Senaraikan 50 ‘Diskriminasi’ Dihadapi Duduk Di Malaysia

Oleh: Naimah Shaari

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa India dan menjawat jawatan sebagai seorang doktor telah menyenaraikan sebanyak 50 diskriminasi yang dihadapinya akibat tinggal di negara ini, di Malaysia.

Penyenaraian itu telah dibuat oleh Dr. Thirunavukkarasu Karasu menerusi laman sosial Facebook milik isterinya, Samantha Sambun Karasu.

Pun begitu, Thirunavukkarasu membuat penulisan tersebut sebagai membangkang dakwaan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteru, P. Waytha Moorthy yang membuat kenyataan Malaysia adalah negara yang mengamalkan sikap diskriminasi kepada kaum lain selain dari kaum Melayu.

Permulaan penulisan penyenaraian olehnya itu agak menarik dengan memberikan salam kepada Waytha seakan-akan memerli menteri tersebut kerana menurut dakwaan Waytha, semua kaum di negara ini dipaksa menjadi Muslim.

Thirunavukkarasu menyenaraikan bentuk diskriminasi yang dihadapinya sejak dari bangku sekolah lagi sehingga sekarang.

“Saya di diskriminasi hinggakan saya menuntut ilmu di sekolah rendah yang di biayai sepenuhnya oleh kerajaan Melayu… Saya di diskriminasi hinggakan saya mendapat makanan percuma ketika di sekolah rendah selama 3 tahun… Saya di diskriminasi hinggakan ada doktor gigi datang merawat gigi saya secara percuma pada waktu tersebut…

“Saya di diskriminasi hinggakan keputusan 5 A ketika di Tahun 5 melayakkan saya belajar di Maktab Tentera Di Raja Malaysia… Saya di diskriminasi hinggakan saya di beri borang untuk ke Maktab Rendah Sains Mara ketika di Tahun 6… Saya di diskriminasi hinggakan keputusan baik di perolehi Tahun 6 membenarkan saya berlajar Perdagangan ketika di Tingkatan 1… Saya di diskriminasi hinggakan yuran tahunan pengajian Tingkatan 1 hingga 3 lebih murah daripada makan malam KFC…,” tulis Thirunavukkarasu.

Bukan itu sahaja, Thirunavukkarasu turut memberitahu dia terpaksa menghadapi ‘diskriminasi’ dari segi bentuk bantuan pelajaran yang diterima dari kerajaan sehingga berjaya menjadi doktor pada hari ini.

“Saya di diskriminasi hinggakan pengajian pra-universiti saya adalah percuma… Saya di diskriminasi hinggakan yuran STPM saya di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor. Saya di diskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh kursus pilihan pertama ketika di USM. 

“Saya di diskriminasi hinggakan yuran tahunan tusyen saya lebih murah daripada tiket pergi dan pulang MAS untuk orang2 Sabah… Saya di diskriminasi hinggakan pengajian Sarjana saya di biayai sepenuhnya oleh USM… Saya di diskriminasi hinggakan satu lagi pengajian Sarjana saya menerima susbsidi oleh UPM…” tulisnya.

Malah katanya yang terus memerli menteri yang juga merangkap Menteri Hindraf Malaysia itu, semua manfaat yang diperoleh di Malaysia ini tidak menghalang dirinya berbicara dengan terbuka termasuk mengkritik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya di diskriminasi hinggakan saya menjadi kolumnis di The Star dan membantai Najib Razak…” beritahunya.

Thirunavukkarasu turut berkongsi pengalaman dirinya belajar subjek berkaitan Islam namun tidak pula dipaksa memeluk agama Islam.

“Saya didiskriminasi hinggakan saya yang mengambil subjek Tamadun Islam di universiti dan isteri saya mendapat skor A untuk sejarah Islam di STPM, tetapi tiada sesiapa pun memaksa kami menjadi Islam,” katanya.

Mengakhiri tulisannya, Thirunavukkarasu secara menyindir berkata, “saya didiskriminasi hinggakan menteri Hindraf saya sendiri dengan gembiranya boleh ke The Hague dan menggugat perpaduan selepas 61 tahun.”

“Macam mana menteri? Masih mahu saya sambung lagi? Dah terlalu panjang, kejap lagi kena lukis,” ujarnya sinis. – Suara.TV.

 

Tulisan Asal Thirunavukkarasu

Daripada Thirunavukkarasu Karasu kepada Menteri Perpaduan merangkap Menteri Hindraf Malaysia.

Assalamualaikum Datuk, (oleh kerana kamu berkata kami ‘dipaksa’ menjadi Muslim), tahukah anda?

1. Saya didiskriminasi hinggakan saya menuntut ilmu di sekolah rendah yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Melayu.

2. Saya didiskriminasi hinggakan saya mendapat makanan percuma ketika di sekolah rendah selama 3 tahun.

3. Saya didiskriminasi hinggakan ada doktor gigi datang merawat gigi saya secara percuma pada waktu tersebut.

4. Saya didiskriminasi hinggakan keputusan 5 A ketika di Tahun 5 melayakkan saya belajar di Maktab Tentera Diraja Malaysia.

5. Saya didiskriminasi hinggakan saya diberi borang untuk ke Maktab Rendah Sains Mara ketika di Tahun 6.

6. Saya didiskriminasi hinggakan keputusan baik diperolehi Tahun 6 membenarkan saya berlajar Perdagangan ketika di Tingkatan 1.

7. Saya didiskriminasi hinggakan yuran tahunan pengajian Tingkatan 1 hingga 3 lebih murah daripada makan malam KFC.

8. Saya didiskriminasi hinggakan yuran peperiksaan SRP dan SPM saya dibayar sepenuhnya oleh kerajaan Melayu.

9. Saya didiskriminasi hinggakan pengajian pra-universiti saya adalah percuma.

10. Saya didiskriminasi hinggakan yuran STPM saya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

11. Saya didiskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh kursus pilihan pertama ketika di USM.

12. Saya didiskriminasi hinggakan yuran tahunan tusyen saya lebih murah daripada tiket pergi dan pulang MAS untuk orang-orang Sabah.

13. Saya didiskriminasi hinggakan pengajian Sarjana saya dibiayai sepenuhnya oleh USM.

14. Saya didiskriminasi hinggakan satu lagi pengajian Sarjana saya menerima susbsidi oleh UPM.

15. Saya didiskriminasi hinggakan pengajian Doktor Falsafah saya dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

16. Saya didiskriminasi hinggakan saya memperolehi dana RM 30 ribu sebagai ‘geran biaya diri’.

17. Saya didiskriminasi hinggakan saya mampu menyewa rumah dengan kemudahan Astro untuk RM 150 sebulan sewaktu membuat PhD.

18. Saya didiskriminasi hinggakan saya memperolehi geran penyelidikan RM 60 ribu daripada Melayu.

19. Saya didiskriminasi hinggakan saya memperoleh cuti umum ketika menyambut Thaipusam.

20. Saya didiskriminasi hinggakan saya berjaya memenagi Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik menentang pensyarah-pensyarah/penyelidik-penyelidik Melayu.

21. Saya didiskriminasi hinggakan caj untuk tiga orang anak saya lahir di hospital kerajaan kurang daripada RM 200.

22. Saya didiskriminasi hinggakan saya hanya perlu membayar RM 1 untuk rawatan gigi saya pada 2015.

23. Saya didiskriminasi hinggakan saya berjaya memperoleh pekerjaan di syarikat penerbangan yang diurus majoriti Melayu.

24. Saya didiskriminasi hinggakan Melayu yang sama menaja latihan penerbangan saya.

25. Saya didiskriminasi hinggakan wang KWSP saya dimasukkan secara terus ke akaun CIMB ketika saya membeli rumah bernilai RM 1 juta.

Nak saya teruskan lagi? Baik, saya teruskan.

26. Saya didiskriminasi hinggakan saya menjadi kolumnis di The Star dan membantai Najib Razak.

27. Saya didiskriminasi hinggakan lesen untuk membolehkan saya mengoperasikan firma kejuruteraan diluluskan dalam masa 1 hari sahaja.

28. Saya didiskriminasi hinggakan majikan saya membayar lebih berbanding apa yang saya keluarkan untuk ‘Simpanan Hari Tua’.

29. Saya didiskriminasi hinggakan saya perlu membayar jumlah cukai sama seperti yang dibayar orang Melayu.

30. Saya didiskriminasi hinggakan saya boleh menziarahi gereja bila-bila dan dimana-mana sahaja saya mahu.

31. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat PM Melayu memberi sumbangan di dalam Kuil di Batu Caves.

32. Saya didiskriminasi hinggakan saudara mara saya boleh membina kuil di kawasan rumah mereka sendiri, kadang-kala di luar kawasan rumah juga.

33. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat setiap tahun seorang pakcik berbangsa India disenaraikan sebagai orang kedua terkaya Malaysia.

34. Saya didiskriminasi hinggakan ramai boss saya di Air Asia berbangsa India, dan menaikkan pangkat saya menjadi Kapten.

35. Saya didiskriminasi hinggakan kerajaan Melayu menyediakan skim perlaburan khas untuk bangsa India.

36. Saya didiskriminasi hinggakan saya mampu menghadiri bantahan secara aman, dan melihat pemimpin saya dibebaskan dan sekarang berbahagia menikmati gajinya sebagai Menteri.

37. Saya didiskriminasi hinggakan dapat melihat orang India membuat rungutan kepada Ratu UK mengenai hak-hak mereka tetapi masih bebas daripada sebarang tuduhan mengkhianat.

38. Saya didiskriminasi hinggakan saya dapat melihat seorang Menteri berbangsa India membawa Guru agama dan lembaga sakas peribadi ke Parlimen.

39. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat papan tanda dimana-dimana sahaja, termasuk ditulis di dalam bahasa Tamil.

40. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat usaha kerajaan Melayu memelihara tinggalan kuno agama Hindu dan memohon senarai UNESCO.

41. Saya didiskriminasi hinggakan saya melihat iklan Tourism Malaysia di serata dunia turut memaparkan kebudayaan dan agama orang India.

42. Saya didikriminasi hinggakan saya melihat Menteri berbangsa India tidak mengenakan songkok sebaliknya memakai thalappas di hadapan Raja Melayu.

43. Saya didiskriminasi hinggakan saya kerap melihat pemimpin-pemimpin Melayu tampil dalam drama, lagu dan tarian bangsa India untuk acara rasmi, daripada Anwar Ibrahin hinggalah Khalil Yaakob.

44. Saya didiskriminasi hinggakan saya mampu memperolehi satu lesen penerbitan selepas kerajaan lama membatalkan kolum saya pada akhbar kerana mengkritik mereka.

45. Saya didikriminasi hinggakan isteri saya masih kekal sebagai Bumiputera, mengenakan hijab dan hadir dalam acara agama Kristian secara terbuka dalam beberapa majlis.

46. Saya didiskriminasi hinggakan saya yang mengambil subjek Tamadun Islam di universiti dan isteri saya mendapat skor A untuk sejarah Islam di STPM, tetapi tiada sesiapa pun memaksa kami menjadi Islam.

47. Saya didiskriminasi hinggakan majoriti doktor dan peguam secara populasinya adalah berbangsa India.

48. Saya didiskriminasi hinggakan saya menikmati perlepasan cukai atas sumbangan ke atas organisasi Melayu atau Islam.

49. Saya didiskriminasi hinggakan saya boleh menikmati juadah daging babi dimana-mana sahaja saya mahu, termasuklah di pekan-pekan yang dihuni majoriti Melayu – walaupun saya tidak berbuat demikian atas dasar hormat.

50. Saya didiskriminasi hinggakan menteri Hindraf saya sendiri dengan gembiranya boleh ke The Hague dan menggugat perpaduan selepas 61 tahun.

Macam mana menteri? Masih mahu saya sambung lagi? Dah terlalu panjang, kejap lagi kena lukis.

Baca penyenaraiannya di sini.

One thought on “Seorang Lelaki India Senaraikan 50 ‘Diskriminasi’ Dihadapi Duduk Di Malaysia

  • November 26, 2018 at 1:47 pm
    Permalink

    Baik punya diskriminasi datang dari seorang rakyat Malaysia yang memahami suasana dan merasai nikmat sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.