Selepas ICERD, Jangan Pula Timbul Hak Murtad Melalui Ratifikasi ICCPR

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, umat Islam di negara ini tetap perlu bimbang dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, selain Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD), ada satu lagi Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil atau ICCPR yang perlu ditolak.

Menurut beliau, ICCPR adalah antara konvensyen yang tidak wajar diratifikasi kerana mempunyai bahagian yang bertentangan dengan sistem perundangan dan kedaulatan negara.

“Perkara 18 Konvensyen ini yang dibaca bersama Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebagai contoh, menggariskan bahawa negara – negara yang menyertai dan mengesahkannya haruslah mengangkat hak kebebasan untuk beragama. Hak-hak ini termasuklah hak untuk murtad, menukar agama tanpa sekatan termasuklah untuk menjadi atheist.

“ICCPR juga akan membolehkan ajaran-ajaran sesat dan menyimpang daripada orientasi Ahli Sunnah wal Jamaah yang diamalkan di negara ini seperti Syiah, Qadiani dan lain-lain dijamin dan diberikan hak untuk diamal dan disebarkan tanpa sekatan dan kawalan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, Pemuda UMNO dengan tegas mendesak agar jaminan kerajaan bukan sahaja untuk tidak meratifikasi ICERD tetapi konvensyen-konvensyen antarabangsa yang lain khususnya ICCPR.

Berita Berkaitan;-

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

Seorang Lelaki India Senaraikan 50 ‘Diskriminasi’ Dihadapi Duduk Di Malaysia

Gertak G3, Guan Eng Mula Takut Dengan Kebangkitan Rakyat, Kata Amran

Beliau berkata, atas desakan kuat daripada rakyat, akhirnya kerajaan akur agar ICERD tidak diratifikasikan kerana jelas membelakangi kontrak sosial dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sejak awal Pemuda UMNO menegaskan, tiada keperluan untuk kerajaan mencetuskan suasana tegang dalam kalangan rakyat apabila terus angkuh mahu meratifikasi konvensyen antarabangsa yang jelas beberapa peruntukannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun Pemuda UMNO tetap mendesak agar kerajaan memberikan jaminan untuk lebih berhati-hati sekiranya wujud sebarang desakan lain di masa hadapan untuk meratifikasi lima lagi Konvensyen Antarabangsa di bawah instrumen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang perlu diperhalusi dan melalui proses mendapatkan pandangan awam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Berita Berkaitan;-

ICERD Sebenarnya Baik, UMNO Punca Suasana Tidak Stabil – Khalid Samad

Himpunan Diteruskan, Manifesto Pun Boleh Langgar Inikan Pula Isu ICERD

VIDEO: ICERD: “Kita Cina Di Malaysia Sudah Aman, Jangan Sampai Kita Bantah PH” – Pengundi PH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.