Paling Kurang Baim Wong Mahu 5 Anak

KUALA LUMPUR – Pelakon Indonesia yang turut dikenali ramai oleh rakyat Malaysia Baim Wong baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihannya Paula Verhoeven pada Khamis lalu.

Pasangan yang dinikahkan dalam sebuah majlis di Gedung Tribrata, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan itu bersedia untuk menjadi ibu bapa kepada lima orang anak.

“Kami tidak mahu menunda untuk dapat anak, kalau boleh mahu ramai anak sekurang-kurangnya lima orang,” ujar Baim seperti dipetik Kapan.Lagi.com.

Dalam pada itu, Paula memberitahu masih tidak percaya sudah bergelar seorang isteri.

Dia yang juga seorang model berasa majlis perkahwinan itu bagai satu pekerjaan apabila dia perlu solekan tebal dan berganti baju.

Selain itu, Baim memberitahu dia bersyukur hasrat untuk mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai.

“Perasaan senang kerana akhirnya penantian yang sudah lama tercapai. Jumpa orang yang benar-benar sesuai dengan doa dan harapan,” ujarnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.