Najib Dakwa PH Sudah Mula Hina Rakyat, Orang Asli Jadi Sasaran

KUALA LUMPUR – Kerajaan PH dilihat bukan sahaja gagal menunaikan segala janji manis PRU14 malah sudah mula menghina rakyat,  dakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkongsi keratan tajuk berita berkait Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mahu Orang Asli meningkatkan diri sebelum meminta bantuan.

Menurut Najib, perkara itu berlaku apabila pemimpin tidak ikhlas dan hanya mengejar undi ketika berkempen.

“PH hari ini bukan setakat gagal menunaikan janji manis mereka. Hari ini Kerajaan yang berkuasa sudah mula menghina rakyat.

“Inilah yang berlaku apabila hanya undi yang dikejar dan tidak pernah ikhlas memahami keperluan rakyat dan komuniti Orang Asli,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

Memetik laporan Malaymail, Ahmad Faizal berkata Orang Asli di Perak mesti mempunyai inisiatif dan bertindak bagi membantu meningkatkan status sosio ekonomi masing-masing.

Menurutnya, cadangan itu bagi mengelakkan mereka terlibat dengan budaya meminta bantuan daripada orang yang berpengaruh dan apabila bantuan disalurkan secara berterusan tanpa ada insiatif daripada mereka, bantuan itu tidak akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam pada itu Najib berkata sebelum pilihan raya,pimpinan PH turun ke kampung dengan menabur pelbagai janji.

“Saya rasa kita perlu cam wajah dan ingat nama-nama orang seperti ini. Pelakon.

Sebelum pilihan raya umum orang macam ini lah yang dulu gah turun ke kampung-kampung Orang Asli berkempen.

“Kata bahawa mereka akan jaga kebajikan, beri perhatian, bantu lebih banyak berbanding BN. Sedangkan dahulu di bawah BN, begitu banyak usaha dan inisiatif telah kita laksanakan untuk Orang Asli,” katanya.

Najib turut berkongsi usaha BN untuk Orang Asli termasuk penyediaan akses jalan, bekalan elektrik, air bersih dan 18,000 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada lebih kurang 800 penempatan Orang Asli yang berdaftar.

Katanya, BN turut menitikberatkan soal pendidikan dalam kalangan Orang Asli seperti menyediakan tempat untuk anak-anak Orang Asli di asrama penuh dan institusi pengajian tinggi.

“Kerana hanya melalui pendidikan mereka akan dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Kira-kira sembilan orang hari ini berjaya sehingga peringkat doktor falsafah dan hampir 1,000 di pelbagai peringkat pengajian tinggi.

“Setiap seorang yang berjaya memasuki universiti, Kerajaan BN memberi galakan dalam bentuk insentif ‘one-off’ RM3,000 selain bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Belum lagi saya sentuh mengenai hampir 100 anak-anak Orang Asli yang dihantar melanjutkan pengajian di luar negara bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).” katanya.

Tambahnya, “belum lagi saya menghuraikan lagi bantuan tambang pengangkutan, makanan percuma dan kemudahan asrama kepada mereka.” – SINAR HARIAN

3 thoughts on “Najib Dakwa PH Sudah Mula Hina Rakyat, Orang Asli Jadi Sasaran

  • November 25, 2018 at 11:22 pm
    Permalink

    PH hina sapa?? Bila?? Kau pinda perenggan aduan 1mdb tu apa?? Nk tipu ke nk hina?? Tl sedar diri mcm tk malu jer?? Sejak dulu keje tipu?? Angkat sumpah jawatan tu tkpe ke bolih tipu.. bolih ubah fakta??
    Makin hari makin terserlah penipuan … mcm2 yg kita akan tahu betapa rakus khianat zalim rasuah kejam penyangak2 ni semua… belum lagi kes NFC.Felda.felcra.scorpene.
    panel solar.tanah WP. TH. Azilah..sirul.altantuya.harta di london.kondo.azreez..juta2 dlm rumah..ratus ribu dlm pejabat..ikat jamin juta2..byr jamin juta2..mana ambil duit?? Sprm pun bolih siasat MKN apa fungsi?? JACKEL ada kena mengena ke?? rosak teruk musnah hancur penyamun2 ni??

    Reply
  • November 25, 2018 at 11:27 pm
    Permalink

    Smga dakwaan akan terbukti benar tepat fakta dgn bukti2 saksi…!! Dunia tahu kes makin banyak dan salahlaku?? Kroni2 jgn lak lari ya?? Napa diam jer takut ke?? Tunggu ya kena cekup baju jingga dgn najib rosmah semua yg didakwa??malu ke ?? Rasuah tk malu lak?
    Mesti pakai jingga baru tahu pesalahnya?? Tiada istimewa??

    Reply
  • November 25, 2018 at 11:29 pm
    Permalink

    Mudah2an kedalam pintu besi ya?, da nmpk dah??, perosak segalanya?,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.