Lagi Ditekan, Makin Kami Bersemangat Hancurkan Bangsa DAP – Amran Ahmad

KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemimpin NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) akan dipanggil memberi keterangan kepada polis berikutan kenyataan berkaitan ancaman bangsa DAP terhadap rakyat Malaysia.

Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor mengesahkan beliau akan hadir petang esok di IPD Ampang Jaya sebagaimana diminta.

“InsyaAllah, esok (Isnin, 26 Nov 2018), saya akan hadir di IPD Ampang Jaya pada jam 6 petang setelah diminta hadir untuk memberikan keterangan kepada pegawai polis yang berkenaan.

“Apa yang pasti, perkembangan ini menguatkan iltizam dan semangat saya untuk mempertahan dan membela semua rakyat Malaysia terutama orang Melayu dari ancaman bangsa DAP,” kata bekas ahli seumur hidup DAP itu menerusi satu kenyataan media hari ini.

Berita Berkaitan;-

Dua Pemimpin G3 Beri Keterangan Pada Polis

Gertak G3, Guan Eng Mula Takut Dengan Kebangkitan Rakyat, Kata Amran

G3 Sedia Berdepan Tindakan Saman Lim Guan Eng

Dalam kenyataan yang sama, Amran menegaskan beliau tidak bergurau apabila bercakap mengenai ancaman bangsa DAP.

“Saya tidak bergurau atau sekadar cakap lepas apabila mengatakan – Hancurkan DAP sebelum bangsa DAP hancurkan bumi tercinta Malaysia – dan ini saya akan pertahankan biar 1 juta pun laporan polis dibuat ke atas saya.

“Sama ada dilbenarkan pulang selepas memberi keterangan atau ditahan untuk apa jua tujuan, saya mohon para sahabat di luar mendoakan perjuangan ini yang ternyata bukan untuk mana-mana parti politik tetapi demi agama, bangsa dan negara tercinta.

“Kepada DAP, anda mungkin mahu menekan saya dan para sahabat G3 tetapi fahamilah, semakin kami ditekan, bukan kami semakin lemah tetapi kami akan lebih bersemangat untuk menghancurkan bangsa DAP,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pagi tadi dua pemimpin G3 telah memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di laman sosial. – SuaraTV

Berita Berkaitan;-

40 NGO Bentuk Gagasan Tiga (G3), Blok Baru Untuk Pertahan Agama Islam, Melayu dan Institusi Raja

VIDEO: Gagasan Kuasa Tiga (G3) Isytihar Perang Terhadap DAP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.