Aliff Syukri Nafi Tiru Konsep Justin Bieber

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyangkal dakwaan kononnya poster lagu nyanyiannya berjudul Biar Apa Orang Kata meniru konsep album penyanyi antarabangsa, Justin Bieber.

Menurut Aliff, 31, idea poster tersebut datang daripada syarikat label dan bukan dicipta olehnya.

“Panggil saya Syukri je… tak nampak ke perbezaan tu? Untuk maklumat anda poster dan pengiklanan tersebut adalah dari label company yang buat, bukan saya yang buat,” tulisnya di Instagram.

Penyanyi lagu Bobo Di Mana ini mengulas mengenai laporan portal hiburan yang memetik komen seorang netizen yang mengatakan poster lagu tersebut hampir sama dengan konsep album Justin.

 

Aliff menjawab persoalan tersebut di Instagram.

Rata-rata pengikutnya di Instagram meminta agar usahawan ini bersabar dan tidak berputus asa bergelar penyanyi.

Lagu Biar Apa Orang kata merupakan ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan telah dimuat naik di YouTube pada 18 Oktober lalu.

MV tersebut menerima hampir 700,000 kali tontonan dan trending nombor 12 di laman tersebut.

Ia juga merupakan lagu yang mendapat paling banyak tanda tidak suka daripada penonton iaitu sebanyak 38,000 dan hanya 21,000 memberi tanda suka.

Dalam video muzik tersebut turut ditampilkan beberapa orang barisan selebriti antaranya Wak Doyok, Forteen, Vicha, Arja Lee, Zoey Rahman, Datuk Ziela Jalil dan Lizza Abdullah. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.