Video: Nabila Razali `Sedih’ Kerana Putus Cinta?

Sebelum ini episod ‘cinta’ penyanyi, Nabila Razali dan pelakon kacak, Aedy Ashraf hangat diperkatakan dengan ramai yang menganggap mereka sedang menjalinkan hubungan.

Ia selepas Nabila yang merupakan penyanyi lagi Pematah Hati memuatnaik gambar mesra mereka bersama dalam Instagram miliknya.

Namun kini, hubungan tersebut menjadi tanda tanya sama ada mereka hanya sekadar teman rapat atau sudah mempunyai hubungan cinta.

Persoalan mengenai status tersebut menjadi semakin panas apabila Aedy dilihat telah berkongsi sekeping gambar bersama seorang gadis misteri menerusi Insta Storynya.

Siapakah gerangan gadis yang ‘memeluk’ Aedy itu ya? Sementara Nabila pula memuat naik satu video memaparkan dia sedang menangis seolah-olah sedang dikecewakan dan rakaman berdurasi kurang daripada satu minit itu telah dimuat naik 2 jam selepas pemilik nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi berkongsi gambar ‘istimewa’ berkenaan.

Nabila juga dilihat telah memadam semua gambar-gambar Aedy daripada akaun Instagram termasuk kenangan ketika sambutan hari lahirnya yang ke 25 baru-baru ini.

Apa yang berlaku ni? Kita harapkan tuan punya badan dapat tampil memberikan jawapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.