Serangan 20 Minit Dalam Masjid Telah Korbankan 305 Jemaah

Pengganas yang membunuh 305 orang di dalam masjid di Mesir semalam, membawa bendera kumpulan militan Daesh dan memakai topeng muka.

Dianggarkan 30 penyerang menyerang masjid berkenaan dan mereka turut menyekat laluan masuk dan keluar dengan membakar tujuh buah kereta, sebelum menembak jemaah di dalam masjid. Serangan itu berlaku selama 20 minit.

“Mereka membawa bendera Daesh dan menempatkan diri di depan pintu masjid selain berada di 12 buah tingkap dengan senjata automatik,” kata pihak berkuasa.

Serangan berdarah itu yang berlaku ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat turut membunuh 27 kanak-kanak. 128 orang pula cedera dalam tragedi berdarah itu.

Penyerang kemudiannya melarikan diri sebelum dibom oleh pasukan tentera udara Mesir.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Abdullah Abdel-Nasser, 14, berkata, serangan bermula ketika imam baru memulakan kutbah, menyebabkan jemaah yang panik melarikan diri menyelamatkan diri.

“Saya tengok ramai orang di atas lantai, mungkin meninggal. Saya tidak nampak sesiapa pun yang terselamat,” katanya yang kini dirawat di hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.