Putera Arab Saudi Gelar Pemimpin Iran ‘Hitler’

RIYADH, ARAB SAUDI – Putera Mahkota Arab Saudi menggelar pemimpin Iran, Ali Khamenei sebagai ‘Hitler baharu di Timur Tengah’.

Menurut laporan BBC, Mohammed Salman menegaskan adalah penting untuk semua pihak mengelak apa yang terjadi di Eropah dahulu ‘terjadi di Timur Tengah’.

“Kita tak mahu Hitler baharu di Iran untuk mengulangi apa yang terjadi di Timur Tengah,” kata Mohammed dalam satu temuramah dengan New York Times, merujuk kepada Ali, lapor Sinar.

Ketegangan antara kedua-dua negara didakwa semakin meningkat ketika Iran yang sekarang didakwa sedang meluaskan pengaruhnya di rantau tersebut.

Sebelum ini, Mohammed menyalahkan Iran dalam kejadian serangan misil yang disasarkan kearah Riyadh.

Sinar Online sebelum ini melaporkan kumpulan Hezbollah bertanggungjawab melancarkan misil tersebut dari kawasan yang dikawal pemberontak Houthi di Yaman.

Arab Saudi menuduh Iran membantu pemberontak Houthi yang berfahaman Syiah.

Iran menafikan ia terlibat dalam serangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.