PM Najib Terkejut, 235 Jemaah Terkorban Ketika Solat Jumaat

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau amat terkejut dengan serangan keganasan terhadap sebuah masjid di Mesir pada Jumaat, yang mengorbankan 235 jemaah.

“Amat terkejut dengan serangan ke atas jemaah yang tidak bersalah di Masjid al-Rawda, Mesir. 

“Ingatan dan doa saya bersama-sama mangsa dan anggota keluarga tersayang mereka,” kata Najib dalam catatan di Twitter beliau hari ini, petik Bernama.

Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 235 jemaah terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di masjid terletak di utara wilayah Sinai itu, yang menyasarkan jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Menurut laporan media tempatan (seperti dipetik oleh Al-Jazeera), penyerang telah meletupkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu terhadap jemaah.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini, lapor media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.