Peminat Buat Spekulasi Miley Cyrus Kini Berbadan Dua

DISEBABKAN sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagramnya, peminat mula membuat spekulasi bahawa penyanyi, Miley Cyrus kini sedang berbadan dua.

Menerusi foto itu, peminat dapat melihat ‘baby bump’ penyanyi itu, lapor Hollywood Life.

Bagaimanapun, Miley menafikan khabar angin itu menerusi muat naik terbaharu di laman Instagram.

Ujar Miley, perutnya kelihatan besar kerana dia makan ayam belanda sempena sambutan kesyukuran.

Miley turut mengulas mengenai isu itu di laman Twitter miliknya dengan menyelar pengkritik yang membuat komen mengenai perutnya.

Dalam pada itu, Miley dilaporkan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan buah hatinya, Liam Hemsworth di Malibu beberapa bulan lalu.

Namun, khabar angin itu masih belum disahkan kesahihannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.