Kisah Siti Hasmah Dilarang Bertudung Oleh Mahathir Terus Panas

Kisah Tun Dr. Siti Hasmah ALi yang dilarang bertudung oleh suaminya, Tun D. Mahathir Mohamad telah menjadi isu yang panas terutama di media sosial.

Selama ini banyak juga suara nakal yang mempersoalkan kenapa Siti Hasmah tidak bertudung, kini akhirnya mereka tahu la jawapannya.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh Siti Hasmah kepada sebuah portal, beberapa hari lepas.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya pada simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

https://suara.tv/2017/11/24/video-suami-larang-saya-bertudung-dr-siti-hasmah/

Namun seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mempertikaikan larangan itu kerana dari sudut feminisme, seorang wanita harus berhak menentukan bagaimana dia mahu berpakaian.

Menurut Dr. Rafidah yang menulis dalam Facebook, sebagai seorang wanita, beliau harus berhak menentukan bagaimana dia mahu berpakaian kerana dalam kes ini, Siti Hasmah sangat mahu memakai tudung selepas pulang dari menunaikan haji.

“Sekarang ketaatan seorang isteri kepada suami di dalam Islam, yang sentiasa menjadi isu kepada golongan pro-feminis, nampaknya boleh diterima dalam hal Tun Hasmah,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.