Akibat Kemiskinan Di Korea Utara, Kanak-kanak Terpaksa Makan Kutu

Seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemerintahan kejam pemimpin Korea Utara mendedahkan bagaimana kanak-kanak di negara itu terpaksa makan kutu untuk bertahan hidup.

Lee Wi-ryeok mendedahkan kisah berkenaan kepada Daily NK, mengenai apa yang berlaku di negara itu sekitar tahun 1994 hingga 1998, terutama yang menimpa kanak-kanak di sana.

Menurut Lee, fenomena kelaparan di Korea Utara pada masa lampau itu menyebabkan banyak kanak-kanak kelaparan.

“Jika ada seekor lembu yang membuang najis dengan mengeluarkan biji, kami akan membilasnya dan memakannya,” tutur Lee.

Selain itu, kanak-kanak juga terpaksa makan kutu demi untuk hidup kerana kutu parasit memiliki darah dan oleh sebab itu diyakini ia harus dimakan.

“Setelah saya ke Korea Selatan, saya terkejut dan baru tahu bahawa tuberculosis (batuk kering) merupakan penyakit yang boleh disembuhkan,” kata Lee yang sempat tinggal di sebuah rumah anak yatim di Korea Utara pada era ’90-an, hinggalan usia remaja.

Fenomena kelaparan di Korea Utara itu juga mengakibatkan ramai yang terkorban. Menurut Korea Selatan, lebih dari 31 ribu orang menyeberang ke negara itu akibat bencana kelaparan di Korea Utara pada 1998.

Tahun ini, jumlah mereka yang membelot dan melarikan diri dari negara tersebut sudah mencapai sekitar 880 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.