Rafizi Letak Jawatan Setiausaha Agong PKR

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini meletakkan jawatan sebagai sebagai setiusaha Agung PKR ekoran kes melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 

Presiden PKR yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Rafizi dan sudah memaklumkannya kepada Biro Politik Keadilan.

 

“Saya menerima surat peletakan jawatan YB Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung yang disampaikan dengan tangan kepada saya hari ini.

 

“Perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadap beliau,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan.

 

Jawatan itu akan digantikan oleh bekas setiausaha agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkuat kuasa esok.

 

Rafizi pada 14 November lalu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana memilki laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.