Video: Isu Bangun Awal Elak Tol, Rahman Dahlan Saman Portal Berita

PUTRAJAYA — Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita bagi membersihkan namanya ekoran salah faham laporan media dalam talian berkenaan.

 

Beliau merujuk kepada beberapa laporan disiarkan portal berita tersebut yang menyentuh isu kenaikan kadar tol dan migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar pada satu sidang media 3 November lepas.

 

Abdul Rahman pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, berkata portal berita berkenaan tidak memberi konteks sebenar di mana jawapan beliau disalah erti sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai.

 

Beliau berkata firma guamannya menyerahkan surat tuntutan kepada portal berita berkenaan semalam, menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berikutan laporan yang merosakkan reputasinya.

 

Beliau juga menuntut agar portal berita dalam talian itu menarik balik laporan disiarkan dalam masa tujuh hari dan membuat janji tidak akan membuat atau menyiarkan laporan yang sama. — Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.