Putin Berang, Turki Tembak Jet

MOSCOW – RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan Turki sebagai rakan pengganas yang telah menikam belakangnya berikutan sebuah pesawat Rusia ditembak jatuh oleh kerajaan Turki, semalam.

 

“Saya boleh menipu tentang apa yang terjadi. Jet pejuang kita ditembak jatuh di wilayah Syria dengan roket dari jet pejuang F-16 milik Turki,” katanya, lapor CNN.

 

Dalam kejadian itu, jet pejuang berkenaan terhempas di Bayirbucak dan telah terbang 1 kilometer dari sempadan Turki ketika diserang.

 

Katanya, jet dan juruterbang Rusia tidak memberikan sebarang ancaman kepada Turki.

 

“Mereka sedang terlibat dalam operasi melawan militan IS di utara Latakia ketika kejadian,” jelas Putin.

 

Turki sehingga kini menentang regim Presiden Syria, Bashar al-Assad sambil memberikan perlindungan kepada lebih dua juta pelarian Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.