Pelakon Drama Gantung Diri, Kecewa Tidak Dapat Jawab Soalan SPM

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar berusia 17 tahun, yang juga seorang pelakon dalam drama TV tempatan, dipercayai membunuh diri di rumah keluarganya, semalam.

 

Menurut NST Online, pelajar yang bersekolah di SMK Raja Abdullah itu ditemui dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali leher di lehernya, di dalam biliknya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang.

 

Remaja itu pernah berlakon dalam beberapa siri TV tempatan bahasa Cina.

 

Guru menyifatkannya sebagai ‘pelajar yang cemerlang.’

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman mengesahkan kejadian itu.

 

Difahamkan, mangsa menjadi kecewa selepas tidak dapat menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan Kertas I Matematik Tambahan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung semalam.

 

“Dia memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat menjawab soalan-soalan.

 

“Beliau juga berkata beliau mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihati beliau untuk tinggal di sekolah. Dia tidak mendengar dan pulang ke rumah pula,” kata Sukri.

 

Menurut Sukri, guru-gurunya menjadi bimbang selepas dia tidak hadir di sekolah pada waktu petang untuk kertas Matematik Tambahan II.

 

“Guru membuat panggilan telefon kepada ibu pelajar itu, bertanyakan lokasi mangsa.

 

“Ibunya, yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, ketika itu memanggil ibu saudara pelajar itu untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

 

Tambah Sukri, ibu saudara pelajar itu kemudian mendapati mangsa mati di dalam biliknya.

 

Polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).  – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.