Wahai UMNO, Pemimpin Mesti Bersama Rakyat, Selami Hati Nurani Rakyat – Ridhuan Tee

Kuala Lumpur – Penceramah bebas, Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan supaya UMNO mencontohi pemimpin terdahulu yang sanggup berkorban jiwa raga.

Sebagai contoh beliau berkata, pemimpin agung India, Mahatma Gandhi sentiasa menaiki kereta api kelas ketiga bagi memudahkannya untuk bertemu rakyat bawahan.

Sikap rendah diri pemimpin India itu menurut beliau terserlah ”Apabila ditanya: ‘kenapa selaku pemimpin besar, menaiki keretapi kelas ketiga, bukan pertama?’ Gandhi menjawab: ‘Aku memilih kelas ketiga, sebab tidak ada kelas empat’.”

Menurut Ridhuan, pemimpin yang berdosa adalah pemimpin politik yang tidak berprinsip, ”Mahu kaya, tetapi malas bekerja. Akhirnya, mengamalkan rasuah. Mahukan agama, tetapi tidak mahu berkorban.”

Katanya, pemimpin UMNO hari ini suka menunjukk kehidupan yang serba mewah dan terpisah daripada rakyat sambil menambah, “Masih adakah pemimpin seperti Gandhi hari ini? Wahai UMNO, bukan maksud saya selepas ini, kita berpakaian compang-camping atau menjadi papa kedana.”

“Apa yang tersirat dan tersurat, pemimpin mesti bersama rakyat dan menyelami hati nurani rakyat. Susah senang dirasai bersama,” katanya yang juga merupakan kolumnis Sinar Harian.

Beliau mendakwa, hari ini, seolah-olah kelihatan berlaku. Ada yang berlagak dengan rumah dan kereta besar. Anak-anak dihantar ke sekolah swasta dan luar negara.

Tambah Ridhuan, menjadi pemimpin atau ketua bahagian dan cawangan seolah-olah tiket untuk menjadi kaya yang mana, ”anak-anak dihantar ke sekolah swasta dan luar negara.”

Bagi mengekalkan dan memenangi jawatan kata beliau, berbagai perkara akan dilakukan, termasuk merasuah serta menyoal, ”Tidak takutkah kita dengan api neraka?”

“Pemimpin dipilih bukan kerana akhlak dan daya intelektualnya, tetapi pemimpin dipilih berasaskan berapa banyak habuan yang diberi,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.