VIDEO: Komitmen PM Tinggi Untuk Majukan Ekonomi Bumiputera – Teraju

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Husni Salleh berkata di dalam kad laporan ‘Pemerkasaan ekonomi Bumiputera’ dipecahkan kepada lima teras utama iaitu mendaya modal insan, memantapkan pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, memperkukuhkan pemilikan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan perniagaan dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

“Antara perkara yang ditekankan ialah bidang usahawan bumiputera dan dalam laporan yang dilancarkan ini mempunyai banyak aktiviti, program dan inisiatif dari semua pihak yang terlibat.

“Dalam laporan ini juga terdapat pencaipaj Teraju secara keseluruhan sebagai unit sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera yang telah bersidang tiap-tiap bulan sebanyak sebelas kali sejak ia diadakan” katanya ketika pelancaran Kad Laporan Pemerkasaan Ekonomi yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Abdul Razak di PWTC sebentar tadi.

Menurut Husni ia menunjukkan komitment yang amat tinggi dari Perdana Menteri dan juga ahli Majlis Ekonomi Bumiputera.

Selain daripada itum beliau turut menjelaskan Teraju turut melaksanakan wakaf korporat yang meningkatkan aset bukan kewangan bumiputera dan umat Islam di negara ini dijangka dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan akan datang.

Beliau turut menjelaskan setakat ini Teraju telah menerima empat kertas cadangan untuk merangka pelaksanaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.