Tun M Tidak Sihat, Mungkin Tidak Dapat Hadir Ke PAU

Petaling Jaya – Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan mungkin menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 pada Khamis ini.

Pada usia 89 tahun, kebelakangan ini, kesihatan bekas presiden Umno itu agak terganggu berikutan cuaca yang tidak begitu baik dan ketika ini dikatakan dalam proses untuk pulih daripada batuk.
Minggu lalu, Dr Mahathir tidak dapat menghadiri tiga majlis yang lebih awal dipersetujuinya kerana kurang sihat.
Mantan Perdana Menteri itu dijadualkan berucap pada persidangan tenaga, mesyuarat agung Angkatan Koperasi Kebangsaan dan konvensyen anjuran Perkasa.
Beliau juga dikatakan membatalkan beberapa temujanji minggu ini, termasuk menghadiri persidangan di Abu Dhabi dan tiga lagi di London.
Bagaimanapun, Dr Mahathir hadir pada perlumbaan kereta elektrik Formula E di Putrajaya pada Sabtu lalu, di mana ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sejak bersara pada 2003, kehadiran Dr Mahathir pada PAU dipantau rapi pemerhati, terutama kerana beliau dilihat masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli Umno kerana menghormati dan mengagumi kewibawaannya sebagai pemimpin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.