Tiada Jalan Lain Membela Melayu Melainkankan Parti Melayu – Najib

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan perwakilan Umno hari ini tiada jalan lain membela kaum Melayu melainkan parti Melayu itu dipulihkan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Puad Zarkashi, presiden Umno itu menyifatkan jentera Umno hari ini masih pasif walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih setahun sudah berlalu.

“Isu politik yang beliau bangkitkan ialah jentera Umno masih dingin, lembab dan tidak bergerak.

“Ini adalah satu teguran yang amat berani daripada presiden parti di hadapan pimpinan Umno iaitu beliau tidak berpuas hati sudah setahun berlalu.
“Seperti mana beliau sebut, Umno kecundang, bangsa Melayu akan dibangsatkan. Itu ayat dia. Apatah lagi dia kata agama tidak akan terpelihara jika Umno kecundang,” kata Ahmad Puad kepada pemberita di luar Dewan Merdeka.

Najib hari ini mengadakan perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Antara amanat yang disampaikan adalah Umno perlu merubah corak pertambahan ahlinya dengan memperkenalkan sistem pendaftaran undi secara automatik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.