Jurulatih berusia 66 tahun dari Jerman ini berkata kemenangan adalah penting setelah mereka kalah 1-2 kepada juara dua kali Thailand dalam perlawanan perrtama pada Ahad.

Beliau menganggap pertemuan dengan Myanmar esok bukan mudah, namun yakin The Lions akan kembali mengaum.

“Kami sudah bersedia dan saya akan menentukan barisan yang bakal diturunkan. Pemain kami sangat bermotivasi. Kami tidak bernasib baik kami apabila kalah kepada Thailand kerana kami mensia-siakan banyak peluang menjaringkan gol,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua pemainya cergas untuk menentang Myanmar kecuali pertahanan Tampines Rovers, Shaiful Esah Nain yang mengalami kecederaaan otot semasa menentang Thailand.

Stange berkata, mereka akan banyak menyerang ketika menentang Myanmar yang pemainnya lebih bertenaga ketika melakukan serangan balas seperti yang ditunjukkan ketika menentang Malaysia.

“Namun kami akan bersabar dan bermain cara kami,” katanya.

Bagi ketua jululatih Myanmar Radojko Avramovic, beliau akan mengetepikan emosinya apabila mengendali anak buahnya menetang pasukan asuhannya sebelum ini.

“Tekanan adalah kepada Singapura dan sudah pasti mereka perlukan kemenangan esok untuk terus kekal dalam kejohanan,” kata jurulatih berumur 64 tahun dari Serbia ini.

Singapura selepas ini akan menentang Malaysia sementara Myanmar bertemu Myanmar. – BERNAMA

-Utusan