Pemimpin Dan Ahli UMNO Mesti Manfaatkan ‘Kesalinghubungan’, Media Sosial Untuk Dekati Rakyat – Muhyiddin

Kuala Lumpur – Semua pemimpin dan ahli UMNO mesti memanfaatkan kuasa hyperconnectivity atau ‘kesalinghubungan’ dan media sosial untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat, kata Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, hyperconnectivity, atau penggunaan pelbagai kaedah komunikasi, memainkan peranan yang semakin meluas dalam cara ahli politik mendekati orang ramai.

Hyperconnectivity telah tidak terkecuali dalam bidang kita sendiri iaitu politik.

“Kempen politik kini yang semakin banyak dijalankan menggguna platform digital, dan ramai ahli  politik mendekati pengundi mereka melalui media sosial.

Sehubungan itu, semua pemimpin serta ahli UMNO juga tidak boleh ketinggalan dan mesti segera mengaplikasikan konsep ‘hyperconnectivity‘ dalam usaha mereka mendekati pengundi dan berkhidmat kepada rakyat, tegas Muhyiddin.

Menurut Muhyiddin, forum Peringkat Antarabangsa UMNO dengan tema ‘A Hyperconnected World: Challenges In Nation Building‘ yang diadakan pada Isnin diharap akan menjadi pemangkin kepada warga parti itu memahami konsep ‘hyperconnectivity‘ antara rakyat dengan pemimpin.

“Kepada rakan-rakan UMNO saya, saya mengharapkan forum ini menjadi permulaan yang baik buat kita untuk memahami impak kepada ‘hyperconnectivity‘ dalam berhubung dan berkhidmat kepada rakyat.

“Kepada semua yang di sini, marilah kita berhubung, berinteraksi belajar sesama kita,” katanya ketika berucap menutup forum berkenaan di Pusat Dagangan Dunia putra (PWTC) hari ini.

Muhyiddin turut memberikan contoh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang menggunakan media sosial sebagai medium kempennya pada pilihan raya presiden negara itu sebelum ini.

“Kempen politik yang menggunakan media sosial sudah mendapat tempat di dalam lapangan ini (politik).

“Ahli politik mampu menambah pengundi dengan kemudahan media sosial yang ada dan itu sememangnya berkesan,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.