Lawatan Kerja TPM Ke Cameron Highlands, Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Cameron Highlands – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands kali ketiga di Cameron Highlands.

Mesyuarat diadakan pagi tadi di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Tanah Rata selama kira-kira tiga jam.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Datuk Zaitun Ab Samad.

Dalam lawatan kerja sehari itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands baru-baru ini.

Mesyuarat itu bertujuan bagi membincang dan menangani isu bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.

Dalam kejadian terbaharu pada 5 Nov lepas, ia meragut lima nyawa manakala lima yang lain cedera.

Penerokaan tanah secara haram dikatakan antara faktor berlaku banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!