Kes Saman Fitnah Bekas Menteri Besar Perak Didengar Semula 27 Januari Depan

Putrajaya – Mahkamah Persekutuan menetapkan 27 Januari depan bagi mendengar permohonan kebenaran merayu oleh Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) melibatkan saman fitnah oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.
Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membenarkan permohonan UMMB untuk menangguhkan prosiding hari ini dan memerintahkan syarikat penerbitan akhbar itu membayar kos RM1,000.
Kuorum itu sepatutnya mendengar permohonan UMMB dan TV3 untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan dua Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya berhubung kes saman fitnah melibatkan laporan berita mengenai isu nombor pendaftaran plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dua tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.