Jawatan Itu Tidak Perlu, Buang Wang Rakyat – Shamsudin

Shah Alam – Kerajaan Selangor membazir wang rakyat jika ia mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri, kata Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini.

Ketua Pembangkang negeri Datuk Shamsudin Lias memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Anwar tidak melakukan apa-apa sejak memegang jawatan itu pada 2009.

“Jawatan itu tidak perlu. Ia membuang wang rakyat.

“Selepas enam tahun penasihat ekonomi Selangor tidak berbuat apa-apa,” kata Shamsudin ketika membahaskan ucapan bajet 2015 Selangor.

Beliau juga mengingatkan menteri besar Azmin Ali supaya  memastikan pentadbirannya tidak digunakan untuk agenda politik peribadi.

Kemelut kepemimpinan PKR sebelum pelantikan Azmin kira-kira dua bulan lalu telah menjejaskan Selangor, tambahnya.

“Jangan jadikan Selangor sebagai medan peribadi untuk Putrajaya, ia tidak wajar digunakan untuk agenda peribadi,” kata ADUN Sungai Burong itu.

Sebelum Azmin menjadi menteri besar, mantan MB Tan Sri Khalid Ibrahim, mengumumkan jawatan penasihat ekonomi dihapuskan. Jawatan itu dipegang oleh Anwar sejak 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.