Jakim Giatkan Penerangan Elak ‘Jihad’ Militan

Kuala Lumpur – Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan kempen penerangan kepada masyarakat Islam supaya tidak mudah terpengaruh menyertai kumpulan yang mendakwa ‘berjihad’, kata Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha.

“Sekarang ini memang antara tugas kita memberi penerangan dan penjelasan dan membimbing mereka termasuk apabila diminta oleh pihak berkuasa untuk memberi bimbingan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Diminta mengulas penglibatan segelintir rakyat Malaysia dalam kumpulan militan, Othman berkata bimbingan Jakim dilihat memberi kesan termasuk terhadap mereka yang pernah terlibat dengan kumpulan itu.

“Selepas Jakim memberi penjelasan kepada mereka, duduk dengan mereka, mereka akur dan sedar kesalahan,” katanya di Putrajaya hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.