Husam Kecam Pendapat Bekas Hakim Negara, Melayu Jadi ‘Red Indian’ Jika PAS UMNO Tidak Bersatu

Kuala Lumpur – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengecam keras tindakan yang tidak berasas bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa orang Melayu bakal jadi ‘Red Indian’ jika PAS dan UMNO tidak bersatu.

Memetik laporan Roketkini, menurut Husam, kenyataan itu dangkal sama sekali kerana orang Melayu sebenarnya bertambah parah jika berterusan terperangkap dengan mainan politik perkauman dan perang saraf UMNO.

“Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, maka makin cepatlah orang Melayu jadi ‘Red Indian’. Apa yang terjadi terhadap umat Islam dan Melayu sekarang ini bukti kegagalan pemerintahan UMNO selama enam dekad.

“Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi,” katanya dalam forum ‘Apakah Melayu dan Islam Diancam?’, di Hotel Mandarin Court, malam tadi.

Pada masa yang sama, beliau, turus menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak akan bersatu dengan UMNO yang jelas mengamalkan dasar perkauaman tetapi perjuangan PAS adalah memperjuangkan Islam, ia jelas sekali menunjukkan perjuangan PAS-UMNO sangat berbeza.

“Islam agama universal tetapi UMNO semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah menggambarkan siapa mereka ‘United Malay’,” ujarnya.

Sebelum ini, Abdul Hamid dalam satu kenyataan beliau berkata, orang Melayu, berisiko menjadi ‘Red Indian’ di negara sendiri sekiranya PAS dan UMNO tidak bekerjasama dan menyifatkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara PKR dan PAS tidak akan dapat mengawal DAP seperti UMNO mengawal MCA gan Gerakan. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!