Banjir Kilat Ragut Puluhan Nyawa

Rabat – Kira-kira 30 orang dilaporkan maut akibat banjir kilat di selatan Maghribi.

Angka itu dijangka meningkat berikutan puluhan lagi yang masih dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan 214 orang yang terkandas.

Antara kawasan paling teruk terjejas, wilayah Gelmim yang mencatatkan 24 kematian, serta kawasan tarikan pelancong, Marrakesh.

Ia termasuk menggunakan 335 pelampung jenis Zodiac, dan 130 kenderaan pelbagai permukaan.

Banjir turut mengakibatkan jalan raya utama rosak teruk dan empangan sungai utama melimpah.

Perkhidmatan cuaca kebangsaan memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.