Ahmad Tamimi Difitnah Kecam Jokowi Di Facebook

Kuala Lumpur – Salah sebuah laman sesawang dari Indonesia memetik komentar pelakon dan pengarah tanah air Datuk Ahmad Tamimi Siregar, bahawa rakyat negara ini mengatakan Jokowi kurang ajar.

Laman portal berita politik itu politik.rmol.co  memaparkan tajuk utamanya “Menurut Orang Malaysia Jokowi Mulai Kurang Ajar” menyebut seorang warganegara Malaysia bernama Dato A. Tamimi Siregar atau Tunku Raja Subung Pahu, dalam halaman Facebook miliknya mengecam pernyataan Jokowi itu.

Portal berkenaan tidak memperkenalkan siapakah tokoh pelakon sebaliknya memuatnaik status dan memberikan pautan kepada ‘pelakon’.

Pelakon yang pernah memegang watak penting dalam filem ‘Abang’ dan ‘Pemburu’ dan pernah memenangi beberapa anugerah filem negara dikatakan  memulakan bicara dengan ‘meminta maaf kepada sahabat-sahabatnya di Indonesia.’

Ahmad Tamimi berkata bahawa dia menyukai Jokowi semenjak beliau menjawat jawatan Walikota Solo tetapi kini katanya: “Memang dia (Jokowi) mula kurang ajar.

“Bila dia tak sedar diri cakap lepas tak peduli jiran tetangga aku mula meluat. Senang-senang nak karam bot kita. Dia tak tahu rakyatnya berjuta kat negara ni?

“Patutlah Sumatra Barat tak sokong dia. Semoga kes BBM di Indonesia sekarang ini mengajar dia jgn sombong. Cilakak punya Jokowi,” demikian kata Dato Tamimi yang dipetik oleh portal tersebut.

Selain daripada dikatakan mengarahkan tentera laut negaranya mengkaramkan bot nelayan Malaysia di perairan sempadan antarabangsa dua negara,

Presiden Indonesia itu juga pada 19 November lalu telah menaikkan kemarahan warganya apabila mengambil tindakan mengurangkan subsidi bahan api sebanyak 30 peratus.

The Rakyat Post cuba meninjau facebook pelakon ini, tetapi tidak dapat melihat status yang dibawa naik sebagaimana dipetik laman sesawang tersebut.

Beliau juga gagal dihubungi untuk mendapatkan kepastian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.