Siasat insiden kibar bendera China di Teluk Intan -Pas Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas Perak mendesak pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan, kejadian itu didakwa berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pada bulan lalu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, gesaan siasatan wajar dibuat terhadap peserta, penganjur termasuk Menteri dan Exco yang hadir secara rasmi atas kapasiti mereka sebagai wakil kerajaan Persekutuan dan negeri.

Hal ini ujarnya, sehingga hari ini tiada sebarang kekesalan atau permohonan maaf dari penganjur atau menteri dan Exco terhadap kejadian mengibarkan bendera China dalam perarakan tersebut.

Tegas Razman, ia dilihat sebagai mencabar rakyat negara ini dan seakan mendapat restu dari ahli Parlimen dan Adun dari kerajaan.

“Pas Perak merujuk sambutan pesta Tanglung pada 13 September 2024 di Teluk Intan yang tersebar video baru baru ini. Sambutan tersebut di rasmikan oleh Nga Kor Ming selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.

“Apa yang mengejutkan dan mengecewakan ialah berkibarnya bendera negara China dalam sambutan di sekitar Menara Condong Teluk Intan.

“Program yang melibatkan Menteri Persekutuan dari DAP dilaporkan bertujuan mempromosikan perpaduan dan perlancongan setempat,” kata Razman dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, negara ini di asaskan dengan penuh harmoni dan toleransi kaum untuk menjunjung Perlembagaan.

Justeru katanya, sebarang tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan dan akta serta semangat perpaduan Nasional yang bertujuan menjunjung kedaulatan negara mestilah di ambil tindakan.

Kata beliau lagi, tindakan seperti ini boleh dianggap sebagai satu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara. Mengikut Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193) Seksyen 3 memperuntukan tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang Kebangsaan termasuk bendera negara Asing di tempat awam atau di sekolah.

“Dalam video yang di sebarkan secara jelas terdapat beberapa kumpulan yang menyertai program tersebut mengibarkan bendera China yang langsung tiada kaitan dengan sambutan.

“Apakah peserta yang mengibarkan bendera China tersebut warga China, atau mereka yang telah diberikan kerakyatan , ia satu tindakan melampau yang tidak setia kepada negara. Ia di promosi secara terbuka di hadapan rakyat berbilang bangsa yang berada di kawasan awam ketika itu.

“Program tersebut anjuran sebuah tokong dan dirasmikan oleh Kor Ming selaku Menteri Pusat dan turut di hadiri Adun DAP mewakili Pasir Berdamar yang juga seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

“Program yang di hadiri oleh dua wakil kerajaan Pusat dan negeri boleh dianggap program rasmi kerajaan dan direstui oleh kerajaan. Ini telah memberi gambaran salah kepada rakyat berkaitan kedaulatan negara,” dakwa Razman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat