Zahid Hadir Beri Sokongan Kepada Najib

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pertuduhan berkaitan pecah amanah.

Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 9 pagi dan terus menuju ke ruang mahkamah bagi mengikuti pendakwaan kes terbabit.

Terdahulu, ketika ditanya sama ada kehadirannya adalah bagi memberi sokongan moral kepada Najib, Ahmad Zahid sekadar memberi jawapan ringkas.

“Ya sudah semestinya (beri sokongan moral),” katanya.

Selain Ahmad Zahid, anak Najib, Mohd Ashman dan Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam turut hadir memberi sokongan kepada bekas Presiden UMNO itu.

Pada 19 Oktober lalu, Najib hadir di Mahkamah Sesyen di sini, bagi memberi sokongan moral kepada Ahmad Zahid atas 45 pertuduhan membabitkan kesalahan penggubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah. – BERITA HARIAN

2 thoughts on “Zahid Hadir Beri Sokongan Kepada Najib

  • October 28, 2018 at 8:33 pm
    Permalink

    Huh beri sokongan ya?? Tnggu jer silap2 duk sebelah menyebelah bilik kot?? Spesis perasuah semua ni!! Mual muak tgk muka2 penyamun ni??? Mana dpt duit byr jaminan??? Jutaan ringgit senang je dapat?? Cap duit ke?? Teruskan PH basmi rasuah2 yg da busuk ? Kami doa smga terbukti kejahatan mereka2 ini..amin

    Reply
  • October 28, 2018 at 8:37 pm
    Permalink

    Nama islam agama islam!! Rasuah lagi kuat paling tinggi??? Tu la keje korang dulu curi rompak samun harta negara hukum tembak je bagus!!! Byr jaminan jutaan ringgit?? Mana dapat duit??
    Pelik aneh ajaib!!! Cap duit ??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.