VIDEO: Raja Bomoh Arah ‘Bomoh Jambu’ Pagar Mahathir Dari Hantu, Setan

KUALA LUMPUR – Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin yang terkenal dengan ritual pelik, sekali lagi tampil mencuri perhatian apabila mendakwa mendapat firasat bahawa ada pihak yang cuba mengganggu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menghantar ilmu hitam dan hantu raya kepada Perdana Menteri.

Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) berkata, justeru beliau merasa terpanggil untuk membantu ‘memagar’ Mahathir daripada gangguan berkenaan kerana pemimpin itu merupakan ‘Khalifah’ Gayong ghaib yang telah dilantik pada 1971.

“Saya mendapat firasat dua tiga hari yang lalu bahawa ada orang yang tidak senang kepada Tun Dr Mahathir untuk menghantar hantu raya atau ilmu hitam.

“Jadi saya arahkan mereka (ahli persatuan PSSGGM) buat sembahyang hajat, baca Yasin dan tahlil selamatkan Tun Dr Mahathir daripada serangan hantu raya dan ilmu hitam.

“Kerana Tun khalifah Gayong ghaib 1971 yang kita lantik di Bukit Melawati Kuala Selangor. Saya harap mereka semua seramai 5 juta lebih adakan semayang hajat dan baca yasin seluruh negara,” katanya.

Ibrahim berkata, untuk tujuan tersebut beliau juga turut mengarahkan seorang anak muridnya yang bernama David dari New Zealand untuk ‘memagar’ Mahathir daripada gangguan.

“Bomoh ‘jambu’ akan pagar bersama-sama menyelamatkan perdana menteri yang kita kasihi dan sayang,” katanya, dengan menggelar anak muridnya itu bomoh jambu kerana berwajah tampan.

Ibrahim sebelum ini terkenal dengan ‘aksi ritualnya’ membantu mengesan kehilangan pesawat MH370.

Tindakannya menggunakan karpet ketika melakukan upacara ‘ritual’ itu dikritik pelbagai pihak. -SuaraTv

One thought on “VIDEO: Raja Bomoh Arah ‘Bomoh Jambu’ Pagar Mahathir Dari Hantu, Setan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.