Video: MMYC Sasar 5,000 Sertai Sambutan Maulidur Rasul, Edar Kalendar Dan Surah Yasin Percuma

KUALA LUMPUR – Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC) dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan India Muslim Malaysia meneruskan program tahunan penganjuran perarakan sambutan Maulidur Rasul kali ke 7 pada 20 November ini.

Penasihat nya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata perarakan sejauh lima kilometer akan bermula pada jam 10.00 pagi di perkarangan Masjid India dan dijangka tamat di Jalan Bunus berhadapan Bangunan Maybank.

Menurutnya, program kali ketujuh itu menyasarkan penyertaan seramai 5,000 orang.

“Sebab ada kerjasama dengan Jawi, maka pihak Jawi juga akan menghantar peserta untu perarakan, kita anggarkan tak kurang daripada lima ribu orang, InsyaAllah.

Dan kita pun dah buat persiapan untuk makanan sebanyak 5000 juga.”

Ujarnya lagi, pihak MMYC berhasrat untuk mengedarkan kalendar tahun 2019 dan juga surah yasin kepada orang ramai sewaktu perarakan itu dijalankan.

Pada tahun ini, pihak MMYC akan mengadakan majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul pada tarikh tersebut bertemakan Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara.

Majlis kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad.

Susulan daripada majlis perarakan Maulidur Rasul itu, badan-badan utama masyarakat India Muslim seperti Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC), Inspirasi Muhibbah India Muslim (IMIM), dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan menganjurkan Persidangan Maulidur Rasul kali ke 4 di Pusat Islam Kuala Lumpur pada 24 November 2018.

Tema persidangan itu pada tahun ini adalah ‘Nabi Muhammad SAW Pembawa Rahmat Sekalian Alam’. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.