UMNO Masih Teruskan Sikap Bodek Pemimpin – Khir Toyo

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Doktor Mohamad Khir Toyo memberi pandangan parti UMNO masih lagi meneruskan sikap bodek pemimpin ketika ini walaupun parti ini sedang dilanda krisis pendakwaan pimpinan tertinggi di mahkamah.

Menerusi blognya, Khir Toyo dalam tulisannya bertajuk ‘Masihkah ada UMNO?’ memberitahu tindakannya yang menulis isu UMNO akan diharamkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam kadar masa tertentu adalah untuk membuka mata setiap ahli UMNO akan hakikat yang bakal berlaku dan perlu bersedia dengan tindakan wajar yang harus diambil dan dibuat.

Namun beliau menyatakan pandangannya tidak diterima dan masih meneruskan tradisi membodek pemimpin dengan memberikan cerita yang tidak sahih.

“Saya menulis UMNO akan diharamkan semasa perhimpunan agung sedang berjalan dgn harapan isu ini dibincang dan diperincikan oleh pembahas dan perhimpunan membuat beberapa ketetapan jika berlaku pengharaman UMNO.

“Malang sekali peluang itu diguna untuk menghentam saya dan meneruskan sikap membodek pimpinan dgn menyajikan cerita, Indah khabar dari rupa,” tulis Khir Toyo.

Khir berpendapat, ahli UMNO seharusnya mengambil tindakan khusus seperti menubuhkan parti yang baharu sama seperti tujuan dan matlamat UMNO.

Segala aset dan kewangan UMNO boleh dipindahkan ke parti yang baharu selain meningkatkan semangat daya juang di kalangan ahli untuk melawan segala bentuk ancaman dari PH.

Sebaliknya, tindakan khusus seperti cadangan Khir Toyo ini tidak dilihat dan dipertimbangkan oleh UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berlangsung baru-baru ini.

“Sepatutnya UMNO telah melaksanakan tindakan lanjut jika UMNO benar benar jadi pertubuhan haram. Salah satu tindakan yg boleh di buat ialah dgn menubuhkan parti baru yg hasrat tujuan dan matlamatnya sama seperti UMNO, sebagai transitioned party.

“Semua ahli dan aset parti bolehlah diletakkan di bawah parti ini. Jika kerajaan PH benar benar mengharamkan UMNO, biarlah mereka lakukan nya, niat jahat mereka tidak akan berjaya utk melihat ahli UMNO berhijrah kepada parti mereka. Setelah keadaan reda, dgn semangat untuk hidupkan semula UMNO kita boleh meningkat daya juang ahli untuk menang dalam pru akan datang supaya UMNO boleh dihidupkan kembali,” tulisnya lagi.

Sebagai individu yang pernah punyai pengalaman bekerja di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Khir Toyo berkata, Tun M mempunyai matlamat yang jelas, berpandangan jauh dan mempunyai tindakan tertentu dalam menghadapi sesuatu isu, justeru, UMNO perlu bertindak selangkah kehadapan dan menjangka tindakan yang bakal dibuat oleh Tun M sebagai cara mempertahankan UMNO.

Ini kerana, jika pandangannya diterima oleh ahli UMNO bagi menubuhkan parti baharu, ia akan melemahkan kuasa PH memandangkan kerajaan akan berusaha untuk melakukan pendakwaan beserta bukti-bukti yang ada.

“Jika tindakan terkehadapan ini di lakukan, ia akan melemahkan semangat PH untuk haramkan UMNO kerana ia adalah tindakan politik yg sia sia malah dari sudut politik nya menguntungkan UMNO. Kita harus mengambil manafaat dari tindakan kerajaan PH. Mengheret pemimpin UMNO ke mahkamah ini sebagai kaedah membersihkan UMNO dari imej yang sangat kurang baik dgn mengasosiasikan UMNO dengan rasuah,” kata Khir Toyo lagi.

Untuk itu Khir Toyo memberikan nasihat UMNO perlu menerima hakikat dan kenyataan yang dilemparkan selain tindakan bijak perlu diambil oleh pimpinan parti yang didakwa di mahkamah.

“UMNO mesti berani menerima kenyataan ini, mereka yang telah didakwa perlu bijak dengan melakukan langkah political setback, sama ada bercuti atau menubuhkan satu jawatankuasa yang khas dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan reformasi politik dalam Umno,” tambah Khir Toyo.

 

 

2 thoughts on “UMNO Masih Teruskan Sikap Bodek Pemimpin – Khir Toyo

  • November 13, 2018 at 3:21 pm
    Permalink

    Duk diam lah? Awak pun songlap rasuah?? Ckp org sendiri kotor najis jijik tk nmpk ker?, khianat pencuri??

    Reply
  • November 13, 2018 at 11:17 pm
    Permalink

    Awk pun dulu rasuah juga?? Ingatlah sedarlah diri tu?? Jgn komen bagai nk rak?? Tk malu ker skandal awk?? Memuat mual muntah meluat….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.