“Terima Kasih Kerana Mengheret Kami,” Kata Zahid

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengheret beberapa pemimpin UMNO ke mahkamah kebelakangan ini hanya menguntungkan pihak yang dituduh.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendakwaan mahkamah terhadap dirinya dan juga Datuk Seri Najib Razak adalah tindakan ‘over killed’ yang hanya merugikan PH.  

“Sokongan moral untuk DS Najib pagi ini. Tekanan bertubi-tubi kepada kami berdua tidak mematah semangat terus istiqamah dalam perjuangan. 

“Tindakan ‘over killed’ yang dilakukan menimbulkan defisit keyakinan kepada pemerintah. Ianya amat untungkan yg tertuduh. Terima kasih kerana mengheret kami,” katanya di Twitter.

Zahid pagi ini turut hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Najib.

Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah didakwa di mahkamah pagi ini berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.

Turut didakwa, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid.

Najib dan Mohd Irwan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya sebagai penjawat awam iaitu masing-masing atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang antara RM220 juta dan RM1.3 bilion milik Kerajaan Malaysia didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM1 juta setiap seorang.

Sementara itu Zahid pula pada Jumaat lalu didakwa atas 45 kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan lebih RM100 juta. -SuaraTv 

2 thoughts on ““Terima Kasih Kerana Mengheret Kami,” Kata Zahid

  • October 25, 2018 at 8:14 pm
    Permalink

    Tk salah apa kau takut?? Ngong!!! Salah mesti takut kan?? Terbukti salah hukum lah..apa nak takut?? Buat salah tk takut pun??

    Reply
  • October 25, 2018 at 8:16 pm
    Permalink

    Spesis sama jer ya.. rasuah rasuah tu keje dia org selama ni!!! Mudah2an terbukti salah mereka2 semua!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.